Kuasai Sifir Dalam Masa 1 Jam

RYaacob

En. Rosli Yaacob
(Pengasas Teknik Roya)

Tarikh:
 
Salam Mesra,

A
ahukan anda jika saya dedahkan kaedah TERHEBAT dalam penguasaan ilmu sifir, cara mudah dan berkesan.

Kaedah atau teknik yang saya maksudkan cukup hebat sebenarnya sehingga anda mampu menjadi pakar sifir.
 

Pakar sifir?

Tahukah anda berapa lamakah tempoh yang diambil oleh anak-anak untuk menghafal sifir? 1 bulan? 6 bulan? 1 tahun? 2 tahun? 3 tahun? Atau sampai ke hari ini masih belum menguasai sifir… ?
 
 
 

 
 
 

Video - Teknik Roya






Apa kata rakan-rakan kita yang telah menggunakan buku ini...





































































































 

Buku Sifir Teknik Roya

Dapatkan Segera!

1 set (3 buah) buku dijual dengan harga RM50.
(penghantaran PERCUMA seluruh Malaysia
termasuk Sabah & Sarawak)

 

 

 

Ambil masa yang agak lama iaitu hampir 2 tahun untuk menghasilkan kaedah kreatif ini. Bukan hanya penyelesaian operasi darab, malah operasi bahagi serta operasi tolak yang melibatkan pinjam juga jadi mudah.

Lebih tiga tahun menjelajah ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia termasuklah sekolah rendah dan sekolah menengah. Daripada siri jelajah ini, hampir tiga ratus (300) buah sekolah yang telah dikunjungi dengan cara mengadakan bengkel sifir. Hampir keseluruhan guru Matematik berpendapat bahawa kaedah ini bersesuaian kepada semua tahap pelajar.

Gemar untuk mengkaji dalam usaha mencari penyelesaian satu-satu pemasalahan demi untuk memajukan negara. Tidak mampu untuk mengubah atau membuat sesuatu dasar; cuma sumbangan sekecil ini sahaja yang boleh dan mampu dilakukan.

Semangat pertiwi mengalir laju dalam darah ini dan amat risau jika generasi yang bakal mewarisi bumi ini adalah generasi yang lemah, lesu; cuma jadi pengikut atau pak turut yang hanya tahu angguk dan geleng sahaja tanpa memiliki kemahiran untuk berfikir.


Kerisauan dan keresahan ini turut dirasai oleh Majlis Professor Negara (MPN) di mana pada bulan Januari 2012 telah mengesyorkan agar kementerian pelajaran memberi elaun setiap bulan kepada setiap pelajar yang berada di aliran Sains. Tetapi saranan ini tidak dipersetujui oleh ketua pengarah pelajaran iaitu Tan Sri Abd. Ghafar dengan alasan pihak kementerian ada cara tersendiri.

Sebab utama pelajar tidak meminati aliran sains kerana pembelajarannya adalah lebih pengiraan seperti fizik, matematik tambahan selain matematik moden. Berpandukan statistik tahun 2011, perbandingan bilangan pelajar antara aliran sains dan sastera adalah 29:71 yang mana sasarannya adalah 60:40

Tahukah anda bahawa 99.9% pelajar yang berada dalam kelas paling pandai merupakan pelajar yang telah hafal sifir sepenuhnya. Maknanya jika pelajar mahir sifir, ia dapat merangsang keupayaan pelajar menguasai subjek-subjek yang lain


 
S : Apakah kaitan Aliran Sains dan Matematik?
J : Subjek Aliran Sains banyak melibatkan
pengiraan berbanding subjek yang terdapat
dalam Aliran Sastera.


 

  • S : Adakah "Teknik ROYA" ini berbentuk ebook?
  • J : Buku panduan ini adalah berbentuk buku (kertas). 1 set mengandungi 3 buah buku.

  • S : Siapakah yang sesuai menggunakan kaedah ini?
  • J : Buku ini sesuai untuk pelajar berumur 8 hingga 17 tahun. Paling sesuai adalah untuk pelajar yang BELUM menguasai sifir.

  • S : Saya tak yakin kaedah yang digunakan membolehkan pelajar menguasai sifir dalam masa 1 hari. Adakah ini sebagai GIMIK jualan sahaja.
  • J : Kaedah yang digunakan AMAT mudah. Malah ramai pelajar dapat menguasainya dalam masa 1 jam sahaja.

  • S : Adakah kaedah ini khusus untuk sifir 1 hingga sifir 12?
  • J : Kaedah yang digunakan adalah untuk sifir ASAS iaitu sifir 1 hingga 9. Tetapi sebagai tambahan, sifir 11 hingga 15 juga diterangkan menggunakan kaedah ini.

  • S : Apakah peralatan lain yang diperlukan?
  • J : Tidak memerlukan peralatan lain seperti pen, kertas dan sebagainya. Cuma menggunakan jari-jemari sahaja.

  • S : Saya masih sangsi dengan kaedah yang digunakan. Pengalaman saya mengambil masa selama 1 tahun untuk menguasai sifir.
  • J : Memang betul. Saya sendiri dapat menguasai sifir ketika berada di darjah 5. Saya TERPAKSA menghafal kerana takut kepada guru garang yang pastinya akan mendenda pelajar yang gagal menguasai sifir.

    KEISTIMEWAAN kaedah ini adalah kerana pelajar merasa seronok seolah-olah mereka sedang bermain.



    KOLEKSI FOTO BENGKEL SIFIR DI SEKOLAH
    SELURUH MALAYSIA




















 
 

Kenal pasti penguasaan sifir anak anda?

    Bagi tujuan ini, anda akan diberikan KAD SIFIR sebagai checklist. Tugas ibubapa adalah bertanyakan soalan sifir ketika waktu damai contohnya dalam kereta, di rumah, dekat taman rekreasi dan sebagainya.

    JANGAN soal ketika mereka sedang menonton tv terutamanya kartun. Tunggu hingga keluar iklan tv, ini adalah masa yang sesuai untuk bertanyakan soalan sifir.



 
 

Dapatkan Segera!

1 set (3 buah) buku dijual dengan harga RM50.
(penghantaran PERCUMA seluruh Malaysia
termasuk Sabah & Sarawak)

buku teknikroya